Want your
own Fotopage?











 
Basyirah's FotoPage

By: Basyirah Abd Rahman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  >  >>]    [Archive]
Sunday, 1-Feb-2009 22:40 Email | Share | | Bookmark
A Boycott Message

dah banyak risalah kita dapat pasal boikot2 ni..

dah berbuih2 jugak kawan2 kita yg sensitif pasal ni nasihat..

dah banyak jugak sms kita terima, boikot brg2an yahudi utk selamatkan palestin..

dah banyak dah kita baca dlm blog2..asal buka blog je nampak org ni cakap pasal boikot itu dan ini...

dah banyak ust ustazah, umpamakan sebutir peluru tu dgn duit yg kita bagi..

dah banyak sumber dah yg berjaya sampai ke telinga dn mata kita..

tp..~ sejauh mana mata kita melihat sesuatu itu bukan sekadar memandang? sejauh mana telinga kita mendengar? sampai gaza kah dgr jeritan anak2 palestin?

Sebaiknya, barang2 yg ade alternatif lain, kite gunakanlah alternatif tersebut.
Setidak2nya kita boleh mengurangkan dana yg disalurkan kepada israel..
Selagi tiada daulah, tak terbina khalifah, tak ditegakkan syariat, batil akanterus berleluasa. Kita yg kene berusaha untuk mengembalikan semua tu..

a steps that we can take,
1- boycott
2- demonstration
3- donation
4- pray (The most important thing)

Free Palestin~
Bersamamu~

Care to comment?


Monday, 26-Jan-2009 14:40 Email | Share | | Bookmark
Membeli abaya =)

Nice abaya.. Simple and elegant
come from saudi arabia


sangat kecewa... Thu 29-Jan-2009 07:16
Posted by:basyee
emm xde gmbr terbaru la nak update...lgpon tgh sibuk skrg dengan final exam...insyaAllah, i'll update later... Fri 20-Feb-2009 01:01
Posted by:Sn0wAnGeL  - [Link]
http://anndody.blogspot.com/
jom tgk tudung bawal plakkk.....
Mon 2-Mar-2009 13:25
Posted by:ann  - [Link]
Add comment


Saturday, 24-Jan-2009 03:09 Email | Share | | Bookmark
Amanat Ayahanda Tok Guru Haji Hadi Awang

Terdapat 2 unsur yg merupakan kekuatan umat Islam sehingga kini:
1- AlQuran
2- Mekah Mukarramah

Masyarakat barat tidak berjaya sehingga kini untuk memadamkan 2 unsur ini di dalam jiwa umat islam. Bahkan di dalam masyarakat Barat sendiri wujudnya kucar kacir dlm kehidupan mereka kerana memisahkan antara agama dn dunia. Prinsip memisahkan agama dgn dunia atau lebih dikenali sebagai sekularisme itu telah menyebar luas ke seluruh pelusuk dunia akibat jajahan Barat. Maka dengan itu lahirlah masyarakat yg tidak bertanggungjawab, yg tidak menghormati orang tua, yg mengamalkan rasuah dn pelbagai kebobrokan yg melanda. Namun di celah-celah kehangusan bangsa dengan kejahilan, lahirlah semangat kebangkitan Islam yg menjadi tunggak perjuangan kepada parti Islam. Peranan mahasiswa menjadi tunggak utama kekuatan

oo..ayu, basyi tgh survey dn mencari gaun putih tangan panjang (yg tdak fit) utk kawen..hehe high demand betul. .ayu plz tgk2 kan ade x gaun cmtu kat sane..kot2la ade yg ala2 pun xpe, like jubah yg ade lase color putih.. Mon 26-Jan-2009 15:01
Posted by:basyee  - [Link]
kat indon ade banyak....tp no kirim2 yer....beli sendiri....kih Sun 5-Apr-2009 10:01
Posted by:ramadhan subky adan_duzak@yahoo.com
hehe..yela, xkan nak suh org tu beli pulak kan.. Fri 10-Apr-2009 13:35
Posted by:basyee  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Thursday, 22-Jan-2009 15:02 Email | Share | | Bookmark
mengisi kemenangan

tanggungjawab proM yg terbesar adalah mengisi kemenangan.. Bagaimana hendak memanfaatkan peluang yg ada ni supaya mahasiswa tidak hilang kepercayaan kepada kami.. Oleh itu, seluruh tenaga kerja penyokong mahasiswa adalah penting bagi menyambung dan merealisasikan agenda perubahan yg dibawa pada kali nni..
Semoga HEP tidak menganaktirikan pimpinan MPMUM kali ini..

Care to comment?


Wednesday, 21-Jan-2009 08:52 Email | Share | | Bookmark
A new day with new hope!

Assalamualaikum..genap 29 jam sudah pro Mahasiswa telah diumumkan sbg pemenang bg pilihanraya kampus pada kali ini. Alhamdulillah panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt yg telah memberikan kemenangan dan pertolongan bg kami di Uni Malaya ini..

Sesungguhnya kemenangan ini merupakan satu kemenangan suara mahasiswa seluruhnya..
Terbayar sudah penat lelah pejuang2 mahasiswa yg dahagakan keadilan dn kebenaran..
Pro Mahasiswa kali ini membawa 4 agenda perubahan utama, AKADEMIK, KEPIMPINAN, PERPADUAN DAN KEBAJIKAN.

Berbeza dgn PRK lepas, saya telah mendapati gelombang mahasiswa kali ini lebih besar dn ramai. Lihat saja pada malam keputusan diumumkan, di pihak proM, sejumlah besar mahasiswa membanjiri dataran DTC (dewan tunku canselor) dr pukul 8mlm lagi..(but i came at 10pm).. its already crowd with student in varies faculty and type..not necessary those that wear tudung labuh and baju kurung only, but the almost student yg stay at colleges and outside join us.. for the guys, most of them are the great supporter. Yes..ProM for all..because justice for all..semua mahukan keadilan dn kebenaran..

penantian itu satu penyeksaan..bukan sekejap dari pukul 8 sehingga pukul 4 pagi menunggu di dtc..hampir 8jam mahasiswa di situ..menunggu keputusan diumumkan.tidak terasa mengantuk dn penat.. sorakan bergema di dtc.diisi dgn zikir munajat.ade nasyid lagu proM lagi tu.... kdg2 tergamam dn terkedu jugak bila puak2 penggerak mahasiswa ni mula bersorak kemenangan..huhu rase lemah kejap~ (kejap je..around 5sec) yela..sorak kemenangan..maybe sbb fakulti mrk byk yg menang kot..so dorg pun bersorak, but that thing will never make us give up. kalah atau menang, mmg kami telah melakukan yg terbaik..kami menang dlm memperjuangkan maruah kami..bukan mudah dibeli ole mana2 pihak..proM berdiri di atas stand sendiri. membawa imej sendiri..ingin dijelaskan di sini, proM tidak mendapat tajaan mana2. spt diuar2kan oleh penggerak mahasiswa kami mendapat tajaan dr pakatan rakyat! mandai2 je dorg ni..sesungguhnya, duit dn dana yg proM peroleh, adalah drp duit poket kami semua..sumbangan yg kami berikan itulah yg digunakan utk prk kali ini.. tak ada pun tshirt free..yg tshirt proM color oren tu pun kene beli rm15..duit beli tshirt tu untung bersihnye digunakan utk prk..buat jualan makan2 utk dana prk.. semua tu adalah dr mahasiswa sendiri.. student yg bersekang mata tak tidur mlm nk buat2 banner, buat flyers, buat poster, semua..kami xdpt apa2 pun, xdpt satu sen pun utk semua ni..tp knp kite sanggup utk mengorbankan masa dn tenaga? sgl2nye krn perjuangkan Islam..nk mengizzahkan Islam di uni malaya ni..supaya nk mendapat keredhaan Allah. Itulah salah satu jalan terbaik bg kami utk mendapatkan pahala..Yg penting adalah kefahaman. Alfahmu..kalau kite faham matlamat perjuangan kita, kita ada sbb kenapa kita sanggup berkorban sglanya.. kerana itu, mahasiwa sanggup tunggu smpai pagi sekalipun..

Sambung balik cerita,sampaila kul 3.40pagi..dapat juga masuk ke dtc..tu pun...penat tunggu sampai berapa kali dah nk masuk x boleh2 jugak..terima kasih kepada pengawal keselamatan dn suksis yg setia menjaga keamanan di dtc...ada jugak ternampak pimpinan pmi lepas, ust dzul khairi, ust syed, ust alan, ust sheikh, ust hisom, kak pah, kak dian, kak D, umi zi, kak aini, kak noni,..dn sgt ramai lagi..rata2 memberikan sokongan pada prk kali ini..
dn kepada ust hisom,--kami telah menyahut cabaran ust di RM ye! terima kasih kerana telah memberikan kata2 tashji' yg benar2 memberikan tashji'..hehe,,,

oleh kerana penyokong proM begitu ramai (walaupun dh pukul 3.30 pagi), kami yg muslimat ni lambat siket la dpt masuk. sbb bg muslimin masuk dulu..muslimat pulak mmg ramai. mmg solute betul la pd semue..

yes! akhirnye saya dpt masuk dn duduk di atas dewan di hadapan sekali pulak tu..hehe kecik2 camni senang la menyelit.. mmg byk kerusi fakulti dimenangi penggerak mahasiswa..tp kebanyakan juga kerusi2 fakulti yg satu penggerak mahasiswa, satu lagi proM..dn fak sains telah ade YB baru..norzilah jailani (yipee!) dn amos aw (budak 2nd year bioinfo)..hmm..congratz to them..smg ade la perubahan pada bioinformatik khususnye dn fak sains amnya..

di sini, saya ingin menyatakan rase terharu atas sokongan dan dokongan semua..saya amat2 terharu dgn komitmen yg diberikan oleh mahasiswa..terima kasih juga kpd para pengundi yg bijak memilih..kawan2 saya ramainya di kalangan mereka yg kurg peduli pada isu politik, luaran mahupun dalaman, namun, dgn prihatin pd tanggungjawab di hari pengundian, undi mereka telah memberikan perubahan kepada proM utk menguasai kampus..terima kasih semue..

HOPE & CHANGE!!!

Care to comment?


Tuesday, 20-Jan-2009 07:38 Email | Share | | Bookmark
Keputusan pilihanraya UM 2008/09

Quote:
Pro-Aspirasi tewas di UM
Jimadie Shah Othman & Abdul Rahim Sabri | Jan 20, 09 10:38am
Dikemaskini Kumpulan pro-Aspirasi gagal mempertahankan penguasaannya di Universiti Malaya apabila tewas kepada kumpulan pro-Mahasiswa dan calon bebas dalam pilihanraya kampus semalam.

Kumpulan pro-establishment itu hanya mendapat 20 kerusi daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Manakala kumpulan pro-Mahasiswa memenangi 19 kerusi dan dua kerusi lagi dimenangi oleh calon bebas.

Kekalahan tipis kumpulan pro-Aspirasi itu diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM), Prof Madya Datuk Dr Azarae Idris pada jam 3.30 pagi di Dewan Tunku Canselor (DTC) di UM.

Dalam pilihanraya kampus lalu, pro-Mahasiswa memenangi 11 daripada 41 kerusi.

Dan dalam pilihanraya kampus semalam, kumpulan yang dianggap anti-establishment itu berjaya menambah lapan lagi kerusi.

Kumpulan tersebut menang lapan daripada sembilan kerusi umum dan 13 daripada 32 kerusi fakulti. Calon bebas memenangi dua kerusi fakulti.

Lapan calon pro-Mahasiswa yang menang kerusi umum ialah:

Mohamad Hafiz Ilyas.

Ahmad Syazwan Mohd Hassan.

Mohamad Ridzuan Mohammad.

Nurul Fitrah Mohd Ariffin Marican.

Chong Yah Huei.

Shah Rizul Ayuni Zulkiply.

Low Yu Jie.

Yap Zhehn Jun.

Manakala satu lagi kerusi umum dimenangi oleh calon pro-Aspirasi.

Menurut keputusan yang diumumkan semalam, Mohamad Hafiz mendapat 5,999 undi, Ahmad Syazwan (5,886), Mohamad RIdzuan (5,474), Nurul Fitrah (5,425), Chong (5,041), Shah Rizul Ayuni (5,000), Low (4,847 dan Yap mendapat 4,683 undi.

Bagi kerusi fakulti pula, calon pro-Mahasiswa menang dua kerusi Fakulti Pengajian Melayu (2), Akademi Pengajian Islam (2) dan masing-masing satu kerusi di Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Perakaunan dan Perniagaan, Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains, Fakulti Bahasa dan Linguistik dan Pusat Kebudayaan.

Calon bebas pula memangi dua kerusi di Fakulti Undang-undang,

Bagaimanapun, peratusan keluar mengundi merosot kepada 69 peratus pada sesi pemilihan kali ini.

Pengerusi pro-Mahasiswa Norazali Zainuddin ketika dihubungi mengesahkan kemenangan kumpulannya itu.

Menurutnya, kemenangan tersebut tidak diijangkakan. Kali terakhir pro-Mahasiswa UM memenangi pilihanraya kampus ialah pada 2004.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Norazali menyifatkan kemenangan itu sebagai "angin perubahan" yang sedang melanda universiti itu.

"Kemenangan pro-Mahasiswa kali ini begitu simbolik. Barrack Obama masuk Rumah Putih pada 20 Januari, kita menang pada (pun) pada 20 Januari," kata Norazali.

Pro-Mahasiswa sesi ini mengitar semula tema dan slogan kempen Barrack Obama dalam kempen pilihanraya presiden Amerika Syarikat tahun lepas, Hope and Change dan Change, yes we can.

Norazali bagaimanapun mengakui, situasi pilihanraya kampus di UM lebih bebas berbanding universiti lain. Oleh itu, katanya, ianya membolehkan kempen dilakukan dengan lebih berkesan


Care to comment?


Monday, 19-Jan-2009 04:40 Email | Share | | Bookmark
pilihanraya um berlangsung hari ni 19 Januari 2009

Tarikh bersejarah utk tahun dan semester ini..
x sempat nk upload kan gambar penamaan calon dulu..sorry frens~ pakai camera hp 1.3megapixel je, so kene touch up using photoshop balik for make it clearer.

doakan kemenangan pro-M.. byk perkara aneh berlaku pagi td..peliknye, nombor undian calon umum bertukar le pulak..haih.. no itu adalah milik serikandi kontroversi, shah rizul ayuni zulkiply (aku sampai ingat alphabet nama die sbb byk gantung banner merata2 kat um ni..) kini, nombornye berganjak ke 18 drp 17.hurmm..xpela..ade mistake ape tu ek..nnt presiden proM (norazali zainuddin) akan mendapatkan penjelasan dr tnc hep, pak raie...ok la..will updated later with new result of election and also pictures...!! lagi beberapa jam utk diumumkan..(perhaps 1-2 hours)

hehe..

semoga pro M terus mengorak langkah dgn brjaya,,
InsyaAllah

Care to comment?


Sunday, 18-Jan-2009 08:10 Email | Share | | Bookmark
14 Jan: Penamaan Calon

Menampilkan 2 watak utama dlm pilihanraya kali ini..

Penggerak Mahasiswa dan juga Pro-Mahasiswa..

Pasti ramai tertanya kenapa nama aspirasi tidak lagi diguna pakai..adakah kerana Aspirasi tidak lagi memberikan aspirasi kepada mahasiswa? atau, kerana aspirasi sendiri mmpunyai sejarah hitamnya sendiri? hurm..segalanya terjawab di hari penamaan calon tersebut..

Pagi 14 January 2009, mencatat sejarah apbila proMahasiswa memulakan rentaknye berkumpul di padang varsiti. Bermula di situ, satu konvoi motor secara beramai2 oleh aktivis proM bersama gelombang oren..yeaa..!! semestinye aku dn skuter biru ku juga turut serta... pusing satu UM, dan kami dikawal oleh pihak keselamatan di belakang..buat pertama kali, konvoi ini berjaya memberikan sentuhan hangat kepada para mahasiswa...

Namun begitu, ketika perarakan calon berlangsung, berlaku dua pertembungan gelombang.. oren dan hitam.. hehe x percaya aku budak2 aspirasi (opps..penggerak mahasiswa) byk tu je..dr 12 kolej yg ade kat uni malaya tu, hny ade berapa kerat je..xapela, maybe lain2 tu disimpan utk melakukan aktiviti seterusnye la kot..Upss..tgh2 dok perati org, aku ternampak kak fatni yg bertudung merah.. hehe ni senior aku yg plg aku sayang kat 3rd dulu..hik3...knp?okla, cerita siket pasal kak fatni. actually, she nice with us, idea yg sgt bombastik, suke gelak2, act as leader, keje sampai lewat mlm for kolej, uptodate jugak, suke tersenyum, tp kalau tegas tu mmg tegas benor, (budak 3rd pun tahu), dn sering menekankan erti tanggungjawab.. islamic, tp...hehe.. dlm aspirasi la..susah nak cakap, personaliti seorg tu dh baik tp sistem tu yg kurg baik siket la sebenanye... ok, return back, aku sempat lagi sembang2 dgn kak fatni, lame x jumpe..then bile aku ketinggalan belakang, aku pun mengorak langkah bersama gerombolan proM yg lain...

Spt plhnraya lepas, cam biase sorakan mula bergema di dpn Kompleks Perdana Siswa (KPS). STUDENT POWER and UM is ONE..haiyoyo..pening jugak bertikam2 lidah dn jerit nk kuar anak tekak...tp, xpela..demi menuntut perjuangan, pengorbanan amat diperlukan.

Alhamdulilah proses penamaan calon berlangsung dgn lancar, walaupun ade calon proM yg tarik diri, my senior (kak Nasirah) bertanding utk wakil fakulti, tp tarik diri di saat akhir kerana ade sorg indians ni nk bertnding atas tiket proM jgak, jd atas dasar tahalluf siasi, proM membuka jalan padanya, dgn harapan sokonganpengundi india di uni malaya bertambah utk proM..

Malam pulak, ade sessi dialog (i called it dialog walaupun rasminya adalah malam penamaan calon) ape tah wat eva.. memula...bosan gak dgr bab2 perlembagaan universiti and so on...dan dewan auditorium mula semakin hangat bila ade soalan2 panas yg diajukan oleh calon2 proM kepada hep (jawatankuasa induk plhnraya).. byk la soalan die.. ust wan membangkitkan soal ketelusan di dalam plhnraya, sejauh mana pihak HEP boleh kendalikan ketelusan dan harapan dr mahasiswa sendiri mengharap plhnraya yg amat etlus, then jawabla pengarah tu, yes, we also hope so..(hehe..every body can answer like that kan..) the podjak pula tny, adakah plhnry kali ini adalah independent, tdak bergantung mana2 pihak, jawab mereka, yes of coz...disusuri gelaktawa hadirin bila podjak mula membawakan isu calon2 penggerak Mahasiswa yg ditaja oleh HEP ke pulau tioman...setiap kolej diberi peruntukan sejumlah dana yg besar.....erm..terkelu kejap org atas..then diputar belit, we hope this election is clean..hoho..bosannye..why xade tnc time tu.pasti kami mdpt jawapan yg tepat.....

Care to comment?


Friday, 16-Jan-2009 01:04 Email | Share | | Bookmark
Pilihanraya Kampus 14 Jan~19 Jan

|pemilihan pelajar a.k.a Pilihanraya Kampus|

Salam..nnt saya akan upload kan gamba2 semasa PRK di UM kali ni ye..now, not have enough time to update this topic. So many interesting and challenging to involve in election this year..

Anyway, minta utk mendoakan kemenangan Pro-Mahasiswa..

"Memimpin perobahan generasi baru"



Care to comment?


Friday, 9-Jan-2009 11:54 Email | Share | | Bookmark
Tembakan Katyusha dari Lubnan melanda Utara Israel

Jumaat ,09/01/2009 - Tentera Israel berkata beberapa bedilan dari Lubnan telah mengenai sasaran di Nahariya dan Shlomi utara Israel berdekatan sempadan Lubnan yang mengakibatkan 5 orang Israel cedera. Hamas dan Hezbollah berkata mereka tidak terlibat dalam serangan ini.

Tentera Zionis mengarahkan penduduk di sekitar kawasan itu untuk berlindung buat seketika waktu untuk langkah-langkah keselamatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/




Care to comment?


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.